Monday 8 December 2014

ALAT BANTUAN KECEMASAN YANG PERLU ADA DI BENGKEL

 ALAT  BANTUAN  KECEMASAN YANG PERLU ADA DI BENGKEL

·         
PETI PERTOLONGAN CEMAS

Peti pertolongan cemas ialah peti yang lengkap mengandungi ubat-ubatan serta peralatan perubatan yang asas yang boleh dibeli di farmasi. Peti ini patut diletakkan di tempat yang kering dan selamat, jauh daripada kanak-kanak. Setiap ubat yang ada perlu dilabel dengan jelas jenis dan kegunaannya dan kandungannya perlu diperiksa setiap 6 bulan sekali.Peti pertolongan kecemasan ini juga wajib ada di setiap bengkel bagi persedian jika berlaku sebarang kecemasan.
Peti pertolongan kecemasan


Antara senarai dan kegunaan peralatan asas didalam peti pertolongan kecemasan ialah :

NAMA UBAT / ALAT
KEGUNAAN
1. Kain Pembalut yang berlainan
-        Menolong menahan rawatan luka
-        Mengelak bahagian luka daripada menjadi bengkak dan juga       membantu membetulkan sendi yang terseliuh.
2. Kain tekap yang berlainan saiz
-        Untuk menetapkan rawat
-        Kain tekap yang telah disteril boleh diguna untuk merawat           luka
3. Kapas
-        Untuk membersihkan luka
-        Digunakan sebagai “Pading” untuk rawat luka untuk                     menyerap darah daripada luka.
4. Plaster / Elastoplast
-        Untuk menutup rawat luka, sebagai pengganti pembalut.
-        Untuk merawat luka-luka kecil
5. Gunting kecil berkilat
-        Untuk menggunting pembalut, plaster dan sebagainya
6. Pin Penyemat
-        Untuk menyemat pembalut
7. Termometer Klinik
-        Untuk mengambil suhu badan



·         ALAT PEMADAM API


Alat pemadam api atau fire extinguisher adalah satu alat yang boleh mengawal dan memadam kebakaran pada peringkat awal. (fire aid firefighter). Ia dikendalikan secara manual dan bertujuan mengawal dan memadam kebakaran secara berkesan mengikut kelas api. Pemadam api yang digunakan oleh Bengkel Pendawaian Elektrik ialah alat pemadam api jenis sebuk kering ( dry powder ).


jenis-jenis alat pemadam api


Selain itu, pemadan api ini juga wajib ada di setiap bengkel. Penempatan alat-alat pemadaman api hendaklah diletakkan pada tempat yang boleh dilihat dan digantung supaya alat ini tidak rosak pada tabung dan juga isi kandungannya.

Pemeriksaan hendaklah diperiksa setiap bulan. Pastikan “preasure guage” pada tabung menunjukan kandungan penuh (hijau – penuh & merah – kosong). Sekiranya berlaku kekurangan tekanan udara hendaklah dihantar ke agen servis. Dibawah disenaraikan jenis-jenis alat pemadam api


  1. Alat Pemadam Api Jenis Air


Kandungan
Air Biasa – 9 Liter

Jarak Pancutan
20’ – 25’

Jangkamasa Pancutan
60 – 120 saat

Penerangan
    Mudah dikendalikan
  • ·        Boleh mengawal/memadam apai di peringkat awal
  • ·         Cecair yang digunakan tidak merbahaya
  • ·         Hanya sekali digunakan
  • ·         Tidak sesuai memadam kebakaran alat elektrik dan logam
  • ·         Tidak boleh diletakkan ditempat yang suhunya sejuk dan boleh membeku
  • ·         Tidak boleh mengawal dan memadam kebakaran yang besar



     
2. Alat Pemadam Api Jenis Debu Kering (Dry Powder)

Kandungan
·         Sodium bikarbonat 97%
·         Magnesium stearote 11/2%
·         Magnesium karbonat 1%
·         Trikalsium karbonat ½%

Jarak Pancutan
15’ – 20’

Jangkamasa Pancutan
2 Minit

Penerangan
  • ·         Mudah dan senang dikendalikan
  • ·         Boleh mengawal / memadam api kelas A,B,C dan sungguh berkesan
  • ·         Pemadamannya lebih berkesan jika dibandingkan dengan alat pemadam api jenis Co2 dan         BCF
  • ·         Pengeluaran (pancutan) boleh dikawal di Release Handle.
  • ·         Hanya boleh sekli sahaja.
  • ·         Debunya mendatangkan kerosakan pada bahan-bahan tertentu seperti enjin kereta, bahan             makanan 
  • ·         Tidak boleh memadam api logam
  • ·         Tidak boleh diletakkan ditempat yang suhunya sejuk dan boleh membeku



3.     3. Alat Pemadam Api Jenis Gas (Co2 & Bcf)


Kandungan
Dalam tabung diisi dengan Co2 dalam bentuk cecair dalam tekanan.
Mempunyai ukuran antara 2 hingga 5 lbs beratnya.

Jarak pancutan
8’ ke 12’ dan perkembangan nisbahnya ialah 1:450

Jangkamasa pancutan
8 hingga ke 30 saat

Penerangan
  • ·         Mudah dikendalikan
  • ·         Boleh mengawal/memadam kebakaran diperingkat awal dan berkesan
  • ·         Gasnya bersih tidak membantu kebakaran
  • ·         Gasnya tidak mengalirkan elektrik
  • ·         Boleh menembusi tempat-tempat permukaan kecil
  • ·         Hanya sekali digunakan
  • ·         Keberatan silindernya tidak sepadan dengan kandungan gas, berat 5.3 kg tetapi Cuma 2.2         kg sahaja.
  • ·         Kandungan gas tidak dapat dilihat dan perlu ditimbang dari masa ke semasa untuk mengelakan kekurangan
  • ·         daripada 10%
  • ·         Tidak sesuai memadam kebakaran api jenis A,B &D
  • ·         Tidak boleh mengawal kebakaran yang sudah besar


4.   4.   Alat Pemadam Api Jenis Buih (Foam)

Sesuai untuk memadam api kelas ‘B’ dan peranannya menyelimut dan menurunkan suhu dibawah suhu nyalaan(menyejukkan).


Kandungan
·         Terdapat 2 tabung
·         Tabung dalam (Alauminium Sulphate)
·         Tabung luar (Sodium Bikarbonate / Stabilizer)

Jarak Pancutan
Lebih kurang 20’

Jangkamasa Pancutan
30 hingga ke 90 saat.

Penerangan
  • ·         Mudah dikendalikan
  • ·         Buih boleh menutup permukaan cecair dan menyekat bekalan oksigen daripada membantu          kebakaran
  • ·         Tidak terganggu daripada tiupan angin
  • ·         Boleh mengawal dan memadam kebakaran diperingkat awal dengan berkesan.
  • ·         Hanya sekali digunakan
  • ·         Tidak boleh memadam kebakaran kelas A,C dan D
  • ·         Sekiranya percampuran bahan kimia tidak betul, buihnya tidak dapat memadam kebakaran        dengan berkesan
  • ·         Tidak sesuai digunakan dengan alat memadam api jenis dry powder kerana powder akan            memecahkan buih.









0 comments:

Post a Comment