Peraturan Keselamatan Am.
Murid-murid mesti mematuhi peraturan di dalam bengkel supaya
tidak berlaku kejadian yang tidak
diingini.
Peraturan tersebut ialah :
1. Dapatkan kebenaran guru sebelum masuk atau keluar dari
bengkel.
2. Beratur terlebih dahulu diluar bengkel sebelum menerima
arahan masuk dari guru.
3. Jangan berebut-rebut dan bertolak-tolak semasa masuk dan
keluar dari bengkel
4. Dilarang sama sekali membawa beg masuk ke dalam bengkel.
5. Pastikan tingkap dibuka untuk mendapatkan pengudaraan
yang baik dan pencahayaan mencukupi.
6 .Labelkan semua peralatan dan bahan.
7. Ambil tindakan keselamatan dengan segera jika berlaku
kemalangan.
8. Bersihkan meja dan bengkel setelah selesai melakukan
aktiviti.
9. Pastikan bahan dan peralatan dan bahandijaga baik dan
sempurna.
0 comments:
Post a Comment