Saturday 13 December 2014

VIDEO 2 ( Keselamatan diri dan rakan)


Friday 12 December 2014

Thursday 11 December 2014

KUIZ

KUIZ

Sila tekan jawapan yang betul
  1. Diantara berikut yang manakah merupakan punca kemalangan disebabkan oleh keadaan kerja?

  2. Bahagian mesin yang bergerak seperti gear dan takal boleh menyebabkan tangan teperangkap
    Tumpahan minyak atau gris di atas lantai boleh menyebabkan pekerja terjatuh
    Logam yang keras dan mempunyai tepi yang tajam boleh menyebabkan luka
    Serpihan logam atau tatal yang panas dan tajam daripada operasi memesin

  3. tujuan kemudahan seperti makmal dan bengkel, peraturan keselamatan

  4. memastikan semua pengguna mematuhi peraturan sekolah.
    memaklumkan kepada pihak luar bahawa bengkel tersebut mengamalkan program keselamatan
    menyedarkan para pelajar bahawa kemungkinan-kemungkinan mara bahaya dalam bengkel,
    memandu pihak pentadbiran sekolah menjalankan program-program keselamatan setiap masa.

  5. Mengapakah dalam hal berkaitan, mencegah adalah lebih baik dari merawat

  6. mengurangkan risiko kesihatan kepada semua pekerja
    menanamkan sikap berhati-hati pekerja terhadap pekerjaan mereka.
    mengelakkan pekerja daripada terdedah kepada sebarang unsur kemalangan.
    mengurangkan perbelanjaan majikan terhadap kos rawatan pekerja mereka.

  7. program-program keselamatan dapat dilakukan dengan jayanya di tempat kerja, kecuali;

  8. pemantauan berterusan pihak berkuasa tempatan
    kepimpinan majikan sebagai teladan bagi pekerja
    keadaan kerja yang selamat dan sihat disediakan oleh majikan
    amalan-amalan kerja yang selamat oleh setiap pekerja.

  9. Program yang paling sesuai untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar tentang keselamatan

  10. Lawatan ke industri.
    Kempen-kempen keselamatan
    Taklimat oleh pegawai keselamatan
    Kepimpinan melalui teladan
sila tekan butang semak untuk menyemak jawapan

PERATURAN KESELAMATAN ALATAN DAN BAHAN

                   PERATURAN KESELAMATAN ALATAN DAN BAHAN

1. Rancang alatan dan bahan yang hendak digunakan dan fahami cara-cara untuk menggunakannya.

2. Minta kebenaran dan tunjuk ajar daripada guru tentang cara-cara menggunakan peralatan elektrik.

3. Bersihkan alatan dan simpan di tempat yang selamat selepas digunakan.

4. Alatan dan bahan yang berbahaya, mudah pecah dan mudah terbakar seperti petrol dan cat serta 
 
     peralatan yang tajam hendaklah disimpan di dalam almari.

5. Gunakan alatan dan bahan dengan berhemah dan berjimat cermat.

6. Laporkan sebarang kerosakan atau kehilangan alatan kepada guru dengan segera.


Cara yang betul menyimpan alatan di dalam bengkel.


PERATURAN KESELAMATAN DIRI

                                 PERATURAN KESELAMATAN DIRI

1. Patuhi peraturan yang telah ditetapkan sepanjang masa.

2. Pakai apron, kasut, baju berlengan pendek atau lipat baju sampai keparas siku.

3. Ikat rambut yang panjang atau pastikan tudung diikat dengan kemas dan hujungnya dimasukkan
   
    kedalam apron.

4. Jangan bermain dan bergurau senda semasa berada di dalam bengkel.

5. Fahami cara yang bertul untuk menggunakan sesuatu alatan dan bahan serta patuhi arahan guru.

6. Berhati-hati semasa menggunakan alatan dan bahan.

7. Cuci tangan menggunakan sabun dan air setelah selesai melakukan aktiviti-aktiviti di bengkel.

8. Jika berlaku kemalangan, maklumkan kepada guru dengan segera
.


Memakai pakaian yang sesuai semasa menjalankan aktiviti amali di bengkel amat penting untuk keselamatan

Wednesday 10 December 2014

Peraturan Keselamatan Am.

                                              Peraturan Keselamatan Am.

 Murid-murid mesti mematuhi peraturan di dalam bengkel supaya tidak berlaku kejadian yang tidak
 diingini.

 Peraturan tersebut ialah :

1. Dapatkan kebenaran guru sebelum masuk atau keluar dari bengkel.

2. Beratur terlebih dahulu diluar bengkel sebelum menerima arahan masuk dari guru.

3. Jangan berebut-rebut dan bertolak-tolak semasa masuk dan keluar dari bengkel

4. Dilarang sama sekali membawa beg masuk ke dalam bengkel.

5. Pastikan tingkap dibuka untuk mendapatkan pengudaraan yang baik dan pencahayaan mencukupi.

6 .Labelkan semua peralatan dan bahan.

7. Ambil tindakan keselamatan dengan segera jika berlaku kemalangan.

8. Bersihkan meja dan bengkel setelah selesai melakukan aktiviti.


9. Pastikan bahan dan peralatan dan bahandijaga baik dan sempurna.

PAKAIAN DAN KELENGKAPAN DIRI

Pakaian Dan Alat Perlindungan Di Bengkel


  • Pakaian di bengkel boleh dikelaskan kepada tiga, iaitu pakaian am,pakaianperlindungan dan peralatan perlindungan.

Pakaian Am


  • ·         Pakaian yang dipakai semasa bekerja hendaklah sesuai,iaitu tidak terlalu longgar atau                 terlalu ketat
  • ·         Barang-barang seperti jam tangan, cincin dan rantai hendaklah disimpan kerana          ianya boleh menyebabkan berlakunya kemalangan akibat tersangkut atau                    menjadi pengalir elektrik semasa litar pintas berlaku.

Pakaian Perlindungan

    • ·         Pakaian perlindungan seperti gogal atau pelindung muka, sarung tangan, kasut  but, topeng,  dan apron perlu dipakai untuk keselamatan dan perlindungan semasa berada di bengkel.
       
1.   Safety Google



2. Gloove





2.    Safety boot



3.    Musk



4.    Ear muff













Langkah-langkah Keselamatan & Peraturan

1. Sebelum

  • ·         Elakkan memakai pakaian yang longgar dan aksesori yang labuh kerana ia mudah tersangkut dan boleh menyebabkan kemalangan 
  • ·         Memakai kasut yang sesuai untuk mengelakkan kemalangan 
  • ·         Mematuhi peraturan pemakaian yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan 
  • ·         Ikat rambut dengan kemas dan pakai skaf supaya rambut tidak mengganggu penglihatan semasa melakukan kerja 
  • ·         Pastikan tangan kering apabila memetik suis elektrik 
  • ·         Kawasan bengkel tidak berminyak 
  • ·         Prihatin terhadap tanda amaran dan kawasan larangan 
  • ·         Tidak membawa makanan dan minuman ke dalam bengkel 
  • ·         Membaca manual mesin dengan teliti 
  • ·         Tempat kerja mestilah mempunyai susun atur yang baik bagi membolehkan kerja dijalankan dengan baik dan lancar. 
  • ·         Tempat kerja mestilah mendapat cahaya yang mencukupi dan sistem pengudaraan yang baik bagi memastikan kerja yang dilakukan tidak menghadapi sebarang masalah 
  • ·         Tempat kerja hendaklah sentiasa bersih daripada sebarang sisa kerja seperti serpihan besi dan minyak bagi mengelakkan kemalangan yang disebabkan oleh bahan tersebut.



2. SEMASA

  • ·         Tidak bergurau atau bermain ketika mengendalikan mesin. 
  • ·         Berhati-hati semasa mengendalikan alatan dan mesin. 
  • ·         Matikan suis kecemasan sekiranya berlaku kemalangan.
  • ·         Mendengar setiap arahan yang diberikan oleh pensyarah. 
  • ·         Maklumkan kepada pensyarah sekiranya berlaku kerosakan.

3. SELEPAS

  • ·         Bahan yang mudah terbakar , bahan yang berat dan panjang, serta bahan toksik hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan mudah disenggara.
  • ·         Simpan semua peralatan di tempat yang betul.
  • ·         Tutup semua peralatan yang menggunakan kuasa elektrik.
  • ·         Bengkel dibersihkan daripada sebarang sisa-sisa buangan samada sisa pepejal atau cecair.
  • ·         Tutup Semua pintu dan tingkap sebelum keluar dari bengkel.